Qurban for life 2011 bermula

hukum mengeluarkan zakat kepada orang yang dalam hutang.




Orang yang berhutang adalah diantara asnaf yang layak untuk menerima zakat. Mengeluarkan zakat kepada golongan yang dibelenggu hutang adalah tidak salah. Tetapi anda boleh juga membayar zakat kepada pihak tertentu yang dilantik untuk mengumpulkan zakat. Cara inilah yang lebih baik kerana pihak tersebut adalah yang lebih layak memberikan zakat kepada penerima-penerima yang layak menerima zakat.


jika di wilayah persekutuan kuasa diberikan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhak mengutip zakat. salah satu cawangan mereka adalah di Masjid Negara.  



p/s : ada soalan terbuku di fikiran boleh emai kepada azhartuarno@yahoo.com atau di facebook azhartuarno

hukum bunuh tikus terkena perangkap



tikus adalah haiwan yang digalakkan untuk dibunuh dalam islam. Tetapi membunuh tikus haruslah dengan cara yang tidak menyakitkan seperti dengan cara membakar dan sebagainya. Jadi tidak menjadi kesalahan saudari membunuh tikus.




Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh muslim : Lima jenis binatang yang diharuskan membunuhnya samada di tanah halal atau di tanah haram iaitu, ular, gagak, cicak, tikus dan anjing gila.



p/s : ada soalan terbuku di fikiran boleh emai kepada azhartuarno@yahoo.com atau di facebook azhartuarno

Warga Emas




Sidang pembaca sekalian, usia dan umur adalah anugerah Allah. Jika kita dapat hidup lebih daripada orang lain itulah sebenarnya kurniaan Allah dan modal dalam melaksanakan ibadah kepada allah. Hari ini kalau kita dapat diberikan umur lebih daripada orang lain atau lebih dikenali hari ini sebagai warga emas tiadalah yang lebih utama melainkan bersyukur kepada Allah.

Usia emas dalam islam sebenarnya mempunyai keistemewaan yang tersendiri. As Syeikh Muhammad Alawai Al Maliki Al Hasani dalam kitabnya kemulian umat Muhammad SAW ada menyebut satu hadis yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah telah bersabda,

“Jika seorang muslim mencapai umur 40tahun maka Allah akan menjauhkanya 3 macam penyakit iaitu gila, sopak, dan kusta. Jika seorang muslim mencapai umur 50tahun maka Allah akan meringankan dosa untuknya. Jika usianya mencapai 60tahun Allah akan memberkati usianya dengan bertaubat kepada Alllah. Apabila dia mencapai usia 70tahun maka ia akan dicintai malaikat. Dalam riwayat yang lain dikatakan ia akan dicintai oleh penghuni langit. Apabila usianya mencapai 80tahun maka kebaikanya akan ditetapkan dan keburukanya akan dihapuskan. Apabila usianya mencapai 90tahun maka Allah akan mengampuni dosa-dosa, baik dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang. Dia dinamakan tawanan Allah dimuka bumi dan keluarganya mendapat syafaat”
Inilah antara kelebihan warga emas apabila telah mencapai usia-usia yang tertentu akan diberkati dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Ini juga adalah pengiktirafan Allah kepada manusia yang telah mencapai usia-usia yang tertentu dan sudah tentulah mereka akan mendapat keberkatan umur ini memenuhkan umur mereka dalam keadaan taat dan patuh dalam melaksanakan perintah Allah.mana mungkin mereka yang telah mencapai usia ini dan melakukan maksiat akan diberkati dan dirahmati Allah.

Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian oleh warga emas adalah mengenai kesihatan. Kesihatan adalah perkara yang penting supaya ibadah kita sempurna. Nabi SAW selalu mengingatkan kita supaya memohon kesihatan kepada Allah. Dalam satu hadisnya Nabi menyatakan 2 perkara yang selalu manusia lalai sihat dan masa lapang.

Memang amat benar hadis ini manusia tidak akan menghargai waktu sihat melainkan telah sakit dan tidak akan menghargai waktu lapang melainkan telah sibuk. Dalam menjalani kehidupan sebagai warga emas jalankanlah kehidupan dengan sihat dan menjaga kesihatan. Janganlah dipendekan umur yang telah dipanjangkan oleh Allah SWT dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.

Menjalani kehidupan meniti usia emas sepatutnya menjadikan kita redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan. Persediaan mental dan psikologi bahawa usia semakin senja dan jika dibandingkan dengan usia nabi kita Mumammad SAW baginda hanya berusia 63tahun. Perubahan dalam keadaan fizikal dan penyusutan kesihatan seperti pengelihatan yang kabur, gigi mulai tanggal, kadang-kadang terbatas disebabkan ortritis, tekanan darah yang tinggi dan sebagainya harus dilalui dengan redha dan pasrah dan berfikirlah bagaimana harus terus menjalani kehidupan dan beribadah dalam keadaan sebegitu.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa 20tahun pertama dalam kehidupan kita dituntut menjadi anak baik dan taat. 20tahun kedua dalam hidup adalah untuk mengaplikasikan ilmu yang bermanfaat dan 20tahun seterusnya adalah diharapakan kita meninggalkan pelbagai warisan dan hasil hidup yang berupa amal jariah.

Nabi SAW bersabda
            Sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling bermanfaat kepada orang lain.

Dalam hal ini sebenarnya warga emas yang sudah bersara dan tidak lagi mempunyai apa-apa beban pejabat atau kerjaya sebenarnya dikurniakan oleh Allah nikmat waktu lapang dan masa yang banyak. Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat. Bukankah itu adalah saat yang paling berharga yang tidak dapat dinikmati sewaktu muda dahulu. Suatu muda dibebankan dengan tugas mencari rezeki membesarkan dan menguruskan keluarga. Jadi dalam keadaan yang tidak lagi tertekan dan terkejar-kejar oleh waktu inilah waktu terbaik mengamalkan apa yang tidak dapat dilakukan dahulu. 

Dahulu barangkali diwaktu muda tidak sempat solat jemaah di masjid dan kurang menghadiri majlis ilmu, tidak merasa beramah mesra dengan jiran tetangga dan masyarakat setempat. Tetapi di usia emas dan diwaktu lapang inilah itu semua dapat dilakukan. 

Penulis juga melihat ramainya warga emas memenuhi waktu yang ada dengan terlibat dalam pelbagai badan-badan kebajikan, NGO, badan-badan dakwah dan pelbagai kegiatan yang amat bermanfaat. Tidak kurang juga masjid-masjid dan surau yang dipimpin oleh warga emas. Ini adalah sesuatu yang amat baik. Gandingan masa lapang yang banyak dan pengalaman sewaktu muda dapat menjadi petunjuk dan boleh memberi tunjuk ajar kepada orang lain.

Manfaat dan masa yang ada harus dihargai dengan telibat dengan persatuan-persatuan, NGO dan badan-badan dakwah yang ada sekurang-kurangnya  warga emas mempunyai tempat untuk mencurah bakti dan mencari ganjaran pahala. Lihat saja Nabi SAW terus menerus berdakwah hingga akhir hayat.

Warga emas juga harus mempunyai pengetahuan tentang ibadah yang berkaitan dengan masalah-masalah kesihatan. Masih ramai yang sanggup solat jumaat walaupun bertongkat tetapi ada juga yang tidak langsung mengambil kira kefardhuan solat jumaat hanya dengan semata-mata alas an kaki sakit, kepala pening sikit dan pelbagai alas an remeh-temeh. Pengetahuan seperti bagaimana hendak solat dalam keadaan duduk, bagaimana hendak berpuasa dalam keadaan menjalani rawatan dan lain-lain. Penulis juga melihat ramainya warga emas mula mempelajari Al quran dengan lebih mendalam dalam mengisi waktu kosong. Ini adalah keadaan yang baik. Selagi masih ada waktu  tidak kira usia muda atau tua ia tetap tidak terlambat mendalami ilmu kalam Allah.

Kepada yang telah menjadi warga emas inilah waktu yang lebih mendekatkan diri kepada tuhan dan yang bakal menjadi warga emas haruslah bersedia dari segi mental dan psikologi bahawa jika ada izin Allah akan sampai di usia emas. Walauapapun ada yang bakal ditinggalkan di dunia ini adalah penting untuk difikirkan dan apa yang akan dibawa kea lam lain itu juga amat penting untuk difikirkan.


Sekian wassalam

YASSIN DAN PENDIDIKAN


YASSIN DAN PENDIDIKAN


            Amalan membaca Surah Yassin pada setiap malam jumaat atau dalam majlis-majlis tertentu yang telah diamalkan oleh masyarakat islam di Malaysia ini adalah satu amalan yang tidak asing lagi. Seolah-olah amalan membaca Surah Yassin kepada umat islam ini sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi.

            Sebenarnya amalan membaca Surah Yassin ini adalah amalan yang digalakkan oleh islam dan mempunyai kebaikan yang besar.

            Daripada Ma’ qal bin Yasar, telah bersabda Rasulullah SAW “Surah Yassin adalah hati Al Quran, tidaklah seseorang yang membacanya demi mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan di ampunkan dosa-dosanya. Maka bacakanlah ia ke atas orang-orang yang meninggal dunia dari kalangan kalian”.
                                                                        Hadis riwayat Ahmad dan At Tabrani

Umat islam yang membaca Surah Yassin dan kemudian di ikuti dengan bacaan tahlil pada malam-malam jumaat adalah untuk megambil keberkatan malam jumaat. Kelebihan yang ada pada surah Yassin dan kelebihan malam jumaat diambil kira dengan begitu berat sekali dan umat islam dalam melakukan amal ibadah. 

Seolah-olah tidak dapat dipisahkan bacaan yassin dan malam jumaat. Walaupun tidak ada sandaran hokum yang jelas tentang membaca surah yasin pada malam jumaat tetapi seolah-olah umat islam di Malaysia ini telah menetapkan bahawa waktu terbaik membaca surah yasin adalah pada malam jumaat.

Kadang-kadang penulis melihat pada malam jumaat ramai ibu bapa membawa anak-anak ke surau atau ke masjid khusus untuk berjemaah dan membaca yassin dan bertahlil. Keadaan ini amat baik sekali terus dapat memudahkan anak-anak untuk ke masjid dan surau. Terdapat juga umat islam yang tidak mahu ada apa-apa majlis lain pada malam jumaat kerana mahu berjemaah di masjid dan dapat membaca yassin dan bertahlil sekali. 

Pendedahan awal anak-anak dan golongan remaja terhadap program membaca yassin dan bertahlil dapat membawa generasi muda ini ke masjid dan mendekatkan diri dengan Al-Quran. Walaupun bacaan itu khusus membaca surah yassin dan beberapa ayat sewaktu bertahlil tetapi itulah barangkali waktu yang ada pada mereka untuk ke masjid dan mungkin pada waktu itu juga mereka ada untuk mereka membaca Al Quran.

Pemupukan peranan cinta pada masjid dan Al Quran perlu diterapkan sewaktu kecil supaya ianya mentap dan tertanam dalam jiwa generasi muda kita. Walaupun mereka hanya mampu membaca surah yassin perasaan saying mereka kepada Al Quran perlu disemai dengan membaut nilai tambah terutamanya pengetahuan yang berkaitan dengan tajwid dan tatacara membawa Al Quran dengan betul. 

Pengalaman penulis melihat ramainya generasi muda yang pada asalnya boleh membawa Al Quran tetapi apabila ditinggalkan begitu lama ia akan hilang. Kemahiran yang telah hilang ini kadang-kadang amat payah untuk dicari semula. Apabila generasi muda ini membesar dan sibuk dengan kerjaya dan kehidupan berkeluarga maka masa mereka semakin hilang untuk membawa Al Quran.

Kebanyakkan masjid dan surau di Malaysia ini setelah membaca yassin dan tahlil biasanya akan menyediakan jamuan tidak kira sama ada makanan berat atau ringan. Ini juga satu amalan yang amat baik. Makan bersama boleh mengeratkan silaturrahim. Mencari masa untuk dapat makan bersama-sama jemaah masjid dan surau di waktu-waktu lain kadang-kadang amat susah. Tetapi pada malam jumaat seolah-olah sudah menjadi tradisi untuk membaca yassin dan kemudian makan bersama-sama. 

Penulis juga melihat diantara jemaah yang paling gembira makan di masjid ini adalah kanak-kanak dan golongan remaja. Walaupun kadang-kadang mereka hanya datang untuk makan sahaja tetapi itulah tarikan yang ada. Harapan kita mereka akan terus menjadikan masjid dan surau di antara destinasi wajib yang perlu dikunjungi walaupun seminggu sekali.

Begitulah betapa bagusnya peranan surah yassin dalam masyarakat kita yang telah membudayakan dalam kehidupan. Apapun masalah akan dipohon kepada Allah dengan bacaan yassin terlebih dahulu. Sebagaimana hadis nabi yang telah disebutkan tadi bahawa yang membaca akan diampunkan dosanya. 

Memang sesuatu yang amat baik apabila semasa kita berdosa kita telah diampunkan terlebih dahulu dan kita berdoa dengan hati yang suci bersih. Jadi inilah barangkali budaya dalam masyarakat kita yang apabila mempunyai hajat yang besar akan mengadakan majlis membaca yassin dan kemudian diiringi solat hajat.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM


Alhamdulilah setelah beberapa kempen kesedaran melalui ceramah dan seminar melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di buat sepanjang tahun 2010 dahulu telah menampakkan hasil dan kesedaran telah pun ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia amnya dalam isu pendermaan organ ini.

Salah satu soalan yang pernah dibangkitkan adalah : bagaimana kita dibangkitkan kelak di akhirat jika salah satu organ telah kita dermakan kepada pihak lain contohnya mata. tidakkah kita akan buta diakhirat kelak dan cacat pengelihatan? persoalan sebegini perlu kita singkirkan jauh didalam hati kerana tiada isu cacat didalam kebangkitan alam mahsyar kelak sebenarnya jika kita mendermakan organ kita. 

HUKUM PENDERMAAN ORGAN

Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuarat pertama pada 23-24 Jun 1970 memutuskan bahawa pemindahan organ milik orang yang telah mati kepada yang hidup hukumnya harus.

SYARAT-SYARAT PENDERMAAN ORGAN
Dari sudut Islam,pemindahan organ hukumnya adalah harus beserta dengan syarat.Syarat-syarat tersebut adalah;

1. Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
2. Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
3. Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
4. Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
5. Pendermaan semata-mata dan bukan penjualan.
 
Pandangan Prof Dr Yusuf al-Qhardhawi: 
1.  Harus mendermakan organ 
2.  Disebabkan dharurat. 
3.  Syarat- tidak membawa kemudharatan besar kepada penderma. 
4.  Penderma mempunyai kemampuan memenuhi kelayakan menderma seperti akhil baligh.

jika ada persoalan yang menarik bermain difikiran anda, anda boleh menghantarkan komen di bawah blog saya bagi menjawab persolan yang dikemukakan. insyallah.

IBU DERHAKA


 
Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh…

Sidang pembaca sekalian. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan anak, kehilangan anak dan pelbagai lagi kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil  menjadi mangsa didunia ini yang semakin kejam dan ganas.

Keadaan hidup anak-anak yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dan pendidikan oleh ibu bapa akhirnya hilang dan mereka yang kecil ini menjadi mangsa kepada ibubapa mereka sendiri. Jika kita biasa mendengar istilah anak derhaka, hari ini ada istilah baru iaitu “Ibu Derhaka”

Pelanggaran terhadap tanggungjawab dan tugasan menjaga anak-anak oleh ibu akan menjadikanya ibu derhaka. Islam telah memberikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu kepada anak-anaknya.
Firman Allah S.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 172.

Allah menjadikan jodoh (isteri) dari dirimu dan menjadikan anak-anak dan cucu dari isteri serta membawa rezeki yang baik-baik.Apakah mereka percaya kepada yang batil dan ingkar akan nikmat Allah.

Ayat ini menunjukkan bahawa anak-anak adalah kurniaan Allah yang perlu dijaga dan dikasihi. Ibu-ibu yang tidak menjalankan tanggungjawab ini telah melanggar perintah Allah apatahlagi anak-anak yang lahir kadang-kadang dibuang dan diabaikan.



Ada beberapa punca pengabaian tanggungjawab ibu sendiri terhadap anak-anak mereka. Pertama ialah pergaulan bebas dan keterlanjuran pergaulan sehingga melahirkan anak diluar nikah.
Diwaktu ini, si ibu sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu kerana mereka ini di belenggu oleh kehidupan bebas dan tidak pula mahu bertanggungjawab. Maka pembuangan anak adalah jalan penyelesaian yang paling mudah. Pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian adalah dosa besar di sisi agama Islam.

Keadaan wanita hari ini yang hidup bekerja dan lebih mementingkan profesion kerja dan lebih mengejar pangkat dan kedudukan telah menyebabkan mereka tidak lagi mampu memelihara anak-anak serta mendidiknya. Lihatlah hari ini ramai yang sudah lagi tidak mahu menjaga bayinya sendiri dan lebih rela dijaga oleh pembantu rumah siang dan malam. Hal Ini akan memberi kesan kepada si anak iaitu tidak lagi mendapat kasih sayang dari seorang ibu.


Keadaan si ibu yang tertekan juga menjadi penyebab si ibu tidak mampu memelihara si anak dan mengabaikan sahaja si anak tanpa penjagaan dan pemeliharaan. Tekanan hidup, tekanan mencari pekerjaan dan tekanan kerana ketiadaan suami juga menyebabkan ada yang menjadi ibu derhaka.

Sidang pembaca, walau apapun tekanan hidup yang memberikan tekanan si ibu tidak boleh lalai daripada tanggungjawab terhadap anak. Jika telah terlanjur dan mempunyai anak tanpa pernikahan yang sah, si ibu tetap bertanggungjawab dihadapan Allah s.w.t tentang pemeliharaan si anak itu. Pembuangan bayi adalah kemuncak kepada hidup yang  tidak bermoral serta tidak  bertamadun dan situasi ini adalah seumpama di zaman jahiliah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Wanita yang mementingkan kerjaya dan memegang jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya telah melakukan satu kesalahan. Kerana mencari rezeki adalah tanggungjawab suami dan kalaupun si suami abaikan dan rezeki tidak mencukupi sehingga ia terpaksa mencari rezeki, si anak tidak boleh di abaikan tanpa penjagaan.

Bagi yang menghadapi tekanan hidup, Islam telah mengajarkan  kepada umatnya supaya bersabar dan berdoa.Tiada kehidupan tanpa tekanan tetapi bagaimana kita menyelesaikan tekanan hidup itu adalah penting.

 Walaupun menghadapi tekanan adakah anak-anak hendak diabaikan? dan kita menjadi manusia tidak bertamadun dan menghadapi tuduhan berat dihadapan Allah S.w.t.

Bagi penulis semuanya kembali kepada agama, keterlanjuran akibat pergaulan bebas telah pun  nampak akan kehancuranya dan  jadikanlah berita pembuangan anak, pengabaian terhadap anak-anak akibat terlalu sibuk dan berbagai-bagai kes yang melibatkan kecuaian ibu dalam mendidik anak perlu dijadikan pengajaran. Sesibuk manapun kita agama dan amal ibadah tidak boleh di tinggalkan. Biarlah agama menjadi tunggak dalam kehidupan kita seharian.   

PENYAKIT JIWA

Pembaca yang dihormati, hari ini kita seiring dihidangkan dalam berita yang mengecewakan kita apabila ada penjaga anak-anak terlibat dalam mendera anak-anak dibawah jagaan mereka. Ada yang dipukul, ditendang dan bermacam-macam lagi penderaan terhadap anak-anak kecil ini. Sehingga ada yang menemui maut ditangan orang dewasa yang sepatutnya menjaga dan melindungi mereka.



            Perlakuan yang dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa terhadap anak-anak dibawah jagaan mereka yang memudaratkan mereka adalah perkara yang diharamkan oleh islam. Islam menetapkan bahawa anak-anak adalah amanah Allah SWT yang diberikan untuk dijaga dan dipelihara dengan baik. Mendera apalagi membunuh anak-anak bermakna orang itu telah mengkhianati amanah Allah.

            Apabila kita meneliti perlakuan-perlakuan penderaan ini kita akan dapat sebahagian pendera kanak-kanak kecil ini melakukan perbuatan mereka dalam keadaan marah, tertekan, luar kawalan dan dibawah pengaruh dadah. Pada pandangan islam semua perkara tadi adalah sebahagian daripada penyakit jiwa dan penyalahgunaan dadah adalah diharamkan dalam islam.

            Apabila marah sebenarnya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaanya. Orang yang sedang marah dinasihatkan supaya duduk kalau dia berdiri dan kalau dia duduk hendaklah dia berbaring. Ambillah wuduk dan beristighfar. Dalam satu hadisnya Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya ‘marah itu adalah daripada iblis dan iblis itu daripada api maka hendaklah kamu berwudhuk’. Pengurusan marah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW tedi adalah cara terbaik yang sepatutnya seseorang itu lakukan apabila marah. Lihat bagaimana iblis telah memperdayakan manusia dengan api kemarahan yang akhirnya si pemarah tidak sedar bahawa dia telah mendera atau mencederakan anak-anaknya sendiri malahan tidak sedar kadang-kadang anaknya telah mati ditangannya sendiri.

            Kepada mereka yang mempunyai penyakit panas baran, cubalah mencari penawar dan sepatutnya membuangkan penyakit panas baran ini. Ini kerana penyakit ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga boleh menjadi penyebab penderaan anak-anak. Kalau anak-anak yang telah dewasa mereka mungkin menjauhi diri daripada ibu bapa yang panas baran. Ia juga akan menyebabkan rakan-rakan dan kenalan menjauhkan diri kerana penyakit panas baran ini.

            Antara sebab lain berlakunya penyakit jiwa ini adalah stress atau tekanan. Tekanan perasaan ini disebabkan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Banyak masalah hidup ini yang perlu dihadapi setiap hari. Kesemua masalah ini ada kalanya kecil ataupun besar. Boleh diselesaikan dengan mudah atau memakan masa untuk diselesaikan kita harus faham bahawa tiada satupun hari yang kita hadapi ini yang tiada masalah. Masalah sudah bermula dirumah lagi terus membawa dijalan raya. Kemudian kita tempuhi masalah ditempat kerja dan sekali lagi dijalan raya akan kita tempuhi dan sehinggalah kita sampai dirumah semula. Semuanya adalah masalah rutin harian. Adakalanya masalah disebabkan oleh hubungan antara ahli keluarga, ada disebabkan oleh masa. Selalunya terburu-buru kerana tidak menepati masa. Adakalanya disebabkan persekitaran seperti kesesakan jalanraya dan lain-lain.

            Melihat kepada masalah rutin harian ini penulis melihat perlunya masyarakat hari ini mencari panduan bagaimana menyelesaikan masalah tekanan ini. Janganlah disebabkan masalah – masalah kecilpun kan menimbulkan maslah lagi besar dan ana-anak dijadikan sebab tempat melepaskan geram dan kemarahan. Didalam dunia ini tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan Cuma bagaimana kita menyelesaikan masalah.


            Kepada mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan atau terlalu banyak masalah hidup cubalah mencari jalan penyelesaian. Masalah jangan dibiarkan berlarutan ia akan memakan diri sendiri.cubalah luahkan perasaan anda kepada kaunselor atau sesiapa jua yang boleh membantu anda. Sebenarnya hari ini yang mengalami tekanan perasaan bukan semata-mata yang mempunyai pendapatan dan keadaan kewangan yang baik baikpun menghadapi masalah jiwa dan tekanan perasaan.




            Diantara tips-tips bagi mengelakkan diri daripada penyakit jiwa ini ialah, membanyakkan membaca Al-quran, Al-quran adalah ubat dan penawar segala kekacauan jiwa. Bacalah Quran setiap hari. Jadikan ianya sebagai amalan harian. Tidak perlu banyak cukup satu muka surat sahaja sebagai permulaan.

            Memperbanyakkan zikir, zikir tidak seharusnya disebut cukup dilafazkan didalam hati.zikir adalah mengingati Allah dengan mengingati Allah ini maka kita membina jiwa yang kuat. Jiwa yang kuat tidak akan mengalami masalah gangguan jiwa atau penyakit jiwa. Jadikan ianya amalan setiap hari. Mudah-mudahan jiwa akan tetap segar dan bersih daripada sebarang penyakit jiwa.

            Untuk mengelakkan kita sentiasa terburu0buru cubalah mematuhi waktu dan uruskan waktu dengan baik. Uruskan waktu dirumah dengan baik begitu juga dipejabat.ini memastikan urusan rumah dapat disiapkan dalam tempohnya dan urusan pejabat selesai dalam jangka masa telah ditetapkan.

            Elakkan membawa masalah dan urusan pejabat ke rumah. Urusan pejabat seboleh-bolehnya selesaikan dipejabat dan sewaktu dirumah cubalah luangkan masa untuk keluargaisteri dan anak-anak. Ini bagi membolehkan kita menetapkan dalam pemikiran kita bahawa urusan pejabat tidak menggangu kita dirumah. Ini juga akan membantu mengelakkan kita daripada menghadapi tekanan dirumah.

            Gunakan sumber kewangan dan pendapatan dengan baik. Ramai yang menghadapi masalah sakit jiwa kerana masalah kewangan. Uruskan kewangan dengan baik. Iaitu seimbang antara pendapatan dan perbelanjaan. Simpan lebihan pendapatan dan cubalah elakkan berhutang perkara-perkara yang tidak perlu.

            Mudaha-mudahan tips ini akan membantu kita menghadapi kehidupan kitaseharian dan mengelakkan kita menghadapi masalah jiwa akibat tekanan perasaan dan dapat mengelakkan anak-anak menjadi mangsa penyakit jiwa kita sendiri.