Qurban for life 2011 bermula

Qurban For Life

 

Mengapa Q4L?

Muat turun borang disini
Pada zaman sekarang terdapat pelbagai program qurban yang dijalankan seperti di surau-surau dan masjid. Namun begitu, pihak Muslim Aid telah memberi satu alternatif dimana orang ramai dapat menjalankan ibadah qurban dengan lebih baik dan bermakna.

Antara kelebihan Q4L:

- daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah


- daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas di Malaysia, mangsa bencana, perang dan kebuluran di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan.

- kambing biri-biri yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.



Contoh Qurban yang telah siap ditinkan untuk penghantaran






Selamat Menyambut Ramadhan



Selamat Menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan dari saya Ustaz Azhar Tuarno. Rebutlah peluang di Bulan Ramadhan ini dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan beribadah kepadanya. 

sumbangan moreh kepada masjid & surau lembah pantai


pada 7/8/2010 saya menghadiri program :-


Majlis Sumbangan Moreh kepada Masjid & Surau kawasan Lembah Pantai Sempena 
bulan Ramadhan 2010
bersama 
YB Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar

sumbangan bersama 
Yayasan Muamalat Belia & Perusahaan Azan Sdn Bhd



RUMAH TERBUKA



Sidang pembaca sekalian, Diantara aktiviti di Hari Raya ialah rumah terbuka. Hari ini acara rumah terbuka adalah lumrah dan diadakan kadang-kadang hamper sebulan. Islam tidak menghalang acara-acara seperti itu asalkan tidak ada bersamanya perkara-perkara yang haram.makanan dan minuman yang haram serta hiburan yang haram perlulah dielakkan.

Jika bercakap mengenai rumah terbuka, ada dua perkara yang perlu diberikan tumpuan. Pertama ialah tentang tetamu yang datang dan yang kedua tuan rumah.

Tetamu yang datang menzirahi atau yang bertandang ke rumah terbuka hendaklah mematuhi adab-adab berziarah. Diantara adab-adab berziarah ialah hanya datang apabila ada jemputan khusus ke majlis rumah terbuka tersebut.hal ini kadang—kadang tuan rumah hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja.untuk menghadiri rumah terbukanya. Ini berlainan jika kita berhari raya kerumah tuan rumah bukan atas majlis khusus yang diadakan.
Tetamu yang datang hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan dalam keadaan yang bersopan kerana rumah terbuka ini adalah untuk hari raya iaitu perayaan agama.kaitan antara agama dan perayaan ini tidak boleh dipisahkan bagi menjaga kesesuaian perayaan ini sendiri. Inilah hal yang biasa kita lihat ramai orang berhari raya tetapi tidak mematuhi peraturan syarak terhadap pakaian dan kelakuan, akhirnya sambutan hari raya seolah-olah telah hilang kesuciannya sebagai perayaan agama islam.


Tetamu hendaklah menjaga adab semasa berada di majlis rumah terbuka. Hadirlah dalam waktu yang telah ditetapkan oleh tuan rumah supaya tidak menyusahkan tuan rumah. Makanlah dengan sederhana bagi mengelakkan pembaziran dan janganlah terlalu lama di majlis rumah terbuka supaya tuan rumah tidak terbeban melayan terlalu ramai tetamu dan kadang-kadang ruang majlis rumah terbuka yang sempit memerlukan kita hanya meluangkan sekadar waktu yang perlu sahaja. Sebenarnya besar hati tuan rumah apabila melihat jemputannya hadir. Kehadiran tetamu telah cukup membuatnya rasa gembira.

Kadangkala ada diantara kita yang berziarah dalam keadaan berpuasa sunat, dalam hal inni hadis Rasulullah SAW menyatakan: dari Abu Hurairah RA katanya telah bersabda Rasulullah SAW :
Jika dijemput seseorang daripada kamu ke majlis (jamuan) maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu dan jika dia tidak berpuasa hendaklah dia makan.
Hadis riwayat muslim

Ini adalah adab apabila kita berziarah atau memenuhi majlis rumah terbuka. Kepada tuan rumah majlis rumah terbuka pula, bebrapa perkara perlulah direnungkan antaranya, jemputan pula hendaklah mengambil kira jiran tetangga. Walaupun kadang-kadang kita hanya menjemput tetamu-tetamu tertentu sahaja, jiran tetangga tidak boleh dilupakan.

Janganlah majlis rumah terbuka ini menghidangkan makanan dan minuman yang diharamkan. Perbuatan syirik itu hanyalah mencemarkan kesucian islam kerana sambutan Hari Raya adalah perayaan agama.

Jagalah waktu solat semasa mengadakan rumah terbuka. Jika perlu sediakan tempat solat bagi memudahkan tetamu untuk tetap mengerjakan solat walaupun tempat solat itu kecil. Ini akan memudahkan tetamu untuk bersolat dikesibukan menghadiri rumah terbuka.

Akhirnya, kepada tuan rumah yang mengadakan rumah terbuka ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas hati kerana kita mengadakan rumah terbuka untuk menjamu tetamu dengan mengharapkan pahala Allah. Tanpa keikhlasan maka tiadalah apa-apa kebaikan yang kita dapat.

HIKMAH PERKAHWINAN



Perkahwinan adalah satu fitrah semulajadi manusia islam menggalakan perkahwinan kerana perkahwinan adalah sunnah. Hal ini telah ditunjukkan dan Rasullah SAW dalam kehidupannya dimana baginda sendiri telah berkahwin dan menjalani kehidupan berumahtangga.
Perkahwinan dalam islam mempunyai banyak hikmah yang perlu difikirkan kerana hikmah-hikmah perkahwinan inilah sebenarnya yang tidak difahami ataupun pasangan suami isteri hari ini tedak mahu memahami hikmah-hikmah ini.




Diantaranya ialah bagi menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita mengikut panduan agama. Hiikmah inilah yang selalu tidak difahami bahawa pergaulan dan hubungan seks hanya boleh terjadi selepas perkahwinan yang sah. Perzinaan dan pergaulan bebas sehingga membawa kepada kehamilan diluar pernikahan adalah perkara yang amat terlarang dalam islam. Disebabkan kehendak hawa nafsu dan dorongan iblis maka ramai yang terjebak dalam kancah maksiat ini sebelum bernikah. Maka sudah tentulah islam mempunyai hikmah kebaikan yang amat besar apabila melarang perhubungan sebelum pernikahan dan sudah tentu pula ada kemudaratan besar apabila larangan ini dilanggar.

Perkahwinan yang sah adalah untuk melahirkan keturunan yang sah dan mengelakkan daripada melahirkan keturunan yang rosak disebabkan kelahiran tanpa pernikahan yang sah. Hikmah inilah juga yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh keluarga generasi hari ini. Akibatnya kelahiran tanpa pernikahan yang sah akan melahirkan anak-anak yag tidak sanggup dibela dan dijaga serta dikasihi oleh si perempuan dan lelaki yang sepatutnya menjadi ayah dan ibu. Akhirnya si anak yang tidak berdosa dibuang merata-rata didalam longkang, digantung dipagar masjid dan surau dan lain-lain. Kalau dalam perkahwinan yang sah, kelahiran si anak cukup dinanti-nantikan. Tetapi dalam kes kelahiran diluar pernikahan inilah maka terjadinya kes pembuangan bayi kerana si ibu tidak mahu menanggung malu mempunyai anak tanpa bapa dan si lelaki sudah tentulah tidak mahu bertanggungjawab. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita menyayat hati pembuangan bayi ini. Apakah pasangan-pasangan muda hari ini tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Apakah masih lagi mahu melakukan maksiat dan sanggup terus melakukan hubungan terlarang.


Kadangkala penulis merasakan bahawa sesetengah manusia itu cukup susah hendak berubah dan insaf. Ada yang hanya dengan membaca berita-berita dan mendengar cerita-cerita sahaja sudah boleh insaf, ada yang dengan melihat gambar-gambar bayi-bayi yang dibuang itu maka datanglah keinsafan. Barangkali ada yang lebih daripada itu hanya apabila sudah hamil barulah hendak insaf ataupun apabila sudah dibuang bayi barulah datang keinsafan.
 Satu lagi hikmah perkahwinan adalah bagi membentuk keluarga yang bahagia dan mendatangkan sikap bertanggungjawab  antara suami dan isteri. Kebahagiaan rumahtangga hanya akan datang  apabila suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna. Hikmah inilah yang tidak muncul-muncul terutamanya kepada pasangan-pasangan generasi muda yang berkahwin hari ini dengan melihat bilangan kes-kes penceraian melibatkan orang muda yang saban tahun meningkat. Adakalanya perkahwinan dijadikan sebab untuk mendidik lelaki dengan perempuan supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam hidup. Penulis merasakan satu kesilapan iaitu perubahan untuk menjadi bertanggungjawab hanya lepas kahwin, bila nak solat?, lepas kahwin, bila nak mula taubat?, lepas kahwin. Akhirnya, perkahwinan tidak juga menjadi sebab memang yang berkahwin itu tidak bertanggungjawab. Jadi bagaimana perkahwinan akan Berjaya?. Sepatutnya perkahwinan dilangsungkan oleh orang yang memang bertanggungjawab. Janganlah mengharap  perubahan akan berlaku selepas berkahwin kalau pasangan yang hendak berkahwin tidak boleh diharap. Selamat pengantin baru.

INDAHNYA PERNIGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM



Perniagaan adalah profesion yang mulia. Kemuliaan berniaga kerana Nabi Muhammad SAW adalah peniaga. Berniaga adalah sebahagian daripada cara manusia berusaha mencari bekal kehidupanya didunia. Bekerja dan mencari kehdupan adalah ibadah. Islam meletakan bekerja sebagai ibadah.
Islam menggalakan umatnya berusaha dan bekerja mencari kehidupan. Hal ini telah disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firmah Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 77 “dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala kebahagiaan dari dunia dan berbuatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan dimuka bumi sesungguhnnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan”.





Sabda Rasullah SAW
Barangsiapa yang diwaktu petangnya merasakan letih kerana bekerja dan berusaha dengan tangannya sendiri maka diwaktu petang itulah dia diampunkan dosanya.
                                                                                                                                Hadis Riwayat Tabrani dan AlBaihaqi
Jika kamu berserah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa nescaya dia menjamin rezekimu sebagaimana dia menjamin akan burung yang terbang pagi hari dengan perut yang kosong dan kembali pada waktu petangnya dengan perut yang kenyang.
                                                                                Hadis Riwayat Al-Tarmizi, Al-Nasai Ibn Majjah dan Ibn Hibban

IBU DERHAKA


Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh…

Sidang pembaca sekalian. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan anak, kehilangan anak dan pelbagai lagi kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil menjadi mangsa didunia ini yang semakin kejam dan ganas.

Keadaan hidup anak-anak yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dan pendidikan oleh ibu bapa akhirnya hilang dan mereka yang kecil ini menjadi mangsa kepada ibubapa mereka sendiri. Jika kita biasa mendengar istilah anak derhaka, hari ini ada istilah baru iaitu “Ibu Derhaka”

Pelanggaran terhadap tanggungjawab dan tugasan menjaga anak-anak oleh ibu akan menjadikanya ibu derhaka. Islam telah memberikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu kepada anak-anaknya.
Firman Allah S.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 172.

Allah menjadikan jodoh (isteri) dari dirimu dan menjadikan anak-anak dan cucu dari isteri serta membawa rezeki yang baik-baik.Apakah mereka percaya kepada yang batil dan ingkar akan nikmat Allah.

Ayat ini menunjukkan bahawa anak-anak adalah kurniaan Allah yang perlu dijaga dan dikasihi. Ibu-ibu yang tidak menjalankan tanggungjawab ini telah melanggar perintah Allah apatahlagi anak-anak yang lahir kadang-kadang dibuang dan diabaikan.

Ada beberapa punca pengabaian tanggungjawab ibu sendiri terhadap anak-anak mereka. Pertama ialah pergaulan bebas dan keterlanjuran pergaulan sehingga melahirkan anak diluar nikah.
Diwaktu ini, si ibu sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu kerana mereka ini di belenggu oleh kehidupan bebas dan tidak pula mahu bertanggungjawab. Maka pembuangan anak adalah jalan penyelesaian yang paling mudah. Pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian adalah dosa besar di sisi agama Islam.






Keadaan wanita hari ini yang hidup bekerja dan lebih mementingkan profesion kerja dan lebih mengejar pangkat dan kedudukan telah menyebabkan mereka tidak lagi mampu memelihara anak-anak serta mendidiknya. Lihatlah hari ini ramai yang sudah lagi tidak mahu menjaga bayinya sendiri dan lebih rela dijaga oleh pembantu rumah siang dan malam. Hal Ini akan memberi kesan kepada si anak iaitu tidak lagi mendapat kasih sayang dari seorang ibu.


Keadaan si ibu yang tertekan juga menjadi penyebab si ibu tidak mampu memelihara si anak dan mengabaikan sahaja si anak tanpa penjagaan dan pemeliharaan. Tekanan hidup, tekanan mencari pekerjaan dan tekanan kerana ketiadaan suami juga menyebabkan ada yang menjadi ibu derhaka.

Sidang pembaca, walau apapun tekanan hidup yang memberikan tekanan si ibu tidak boleh lalai daripada tanggungjawab terhadap anak. Jika telah terlanjur dan mempunyai anak tanpa pernikahan yang sah, si ibu tetap bertanggungjawab dihadapan Allah s.w.t tentang pemeliharaan si anak itu. Pembuangan bayi adalah kemuncak kepada hidup yang tidak bermoral serta tidak bertamadun dan situasi ini adalah seumpama di zaman jahiliah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Wanita yang mementingkan kerjaya dan memegang jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya telah melakukan satu kesalahan. Kerana mencari rezeki adalah tanggungjawab suami dan kalaupun si suami abaikan dan rezeki tidak mencukupi sehingga ia terpaksa mencari rezeki, si anak tidak boleh di abaikan tanpa penjagaan.

Bagi yang menghadapi tekanan hidup, Islam telah mengajarkan kepada umatnya supaya bersabar dan berdoa.Tiada kehidupan tanpa tekanan tetapi bagaimana kita menyelesaikan tekanan hidup itu adalah penting.

Walaupun menghadapi tekanan adakah anak-anak hendak diabaikan? dan kita menjadi manusia tidak bertamadun dan menghadapi tuduhan berat dihadapan Allah S.w.t.

Bagi penulis semuanya kembali kepada agama, keterlanjuran akibat pergaulan bebas telah pun nampak akan kehancuranya dan jadikanlah berita pembuangan anak, pengabaian terhadap anak-anak akibat terlalu sibuk dan berbagai-bagai kes yang melibatkan kecuaian ibu dalam mendidik anak perlu dijadikan pengajaran. Sesibuk manapun kita agama dan amal ibadah tidak boleh di tinggalkan. Biarlah agama menjadi tunggak dalam kehidupan kita seharian.

Rintihan Al-Quran


Seandainya Al-Quran itu boleh berkata-kata.. mungkin inilah rintihannya.

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh..
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai membacaku engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap orang bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Aku engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu..Mengasyikkan..

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemu..
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen..
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..Hanya sekedar membaca berita murahan dan melihat gambar sampah

Waktupun cepat berlalu...
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu..
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku..

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong mu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu..
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t..
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu..

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan..
Yang akan membantu engkau membela diri,
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....