Qurban for life 2011 bermula

RUMAH TERBUKA



Sidang pembaca sekalian, Diantara aktiviti di Hari Raya ialah rumah terbuka. Hari ini acara rumah terbuka adalah lumrah dan diadakan kadang-kadang hamper sebulan. Islam tidak menghalang acara-acara seperti itu asalkan tidak ada bersamanya perkara-perkara yang haram.makanan dan minuman yang haram serta hiburan yang haram perlulah dielakkan.

Jika bercakap mengenai rumah terbuka, ada dua perkara yang perlu diberikan tumpuan. Pertama ialah tentang tetamu yang datang dan yang kedua tuan rumah.

Tetamu yang datang menzirahi atau yang bertandang ke rumah terbuka hendaklah mematuhi adab-adab berziarah. Diantara adab-adab berziarah ialah hanya datang apabila ada jemputan khusus ke majlis rumah terbuka tersebut.hal ini kadang—kadang tuan rumah hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja.untuk menghadiri rumah terbukanya. Ini berlainan jika kita berhari raya kerumah tuan rumah bukan atas majlis khusus yang diadakan.
Tetamu yang datang hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan dalam keadaan yang bersopan kerana rumah terbuka ini adalah untuk hari raya iaitu perayaan agama.kaitan antara agama dan perayaan ini tidak boleh dipisahkan bagi menjaga kesesuaian perayaan ini sendiri. Inilah hal yang biasa kita lihat ramai orang berhari raya tetapi tidak mematuhi peraturan syarak terhadap pakaian dan kelakuan, akhirnya sambutan hari raya seolah-olah telah hilang kesuciannya sebagai perayaan agama islam.


Tetamu hendaklah menjaga adab semasa berada di majlis rumah terbuka. Hadirlah dalam waktu yang telah ditetapkan oleh tuan rumah supaya tidak menyusahkan tuan rumah. Makanlah dengan sederhana bagi mengelakkan pembaziran dan janganlah terlalu lama di majlis rumah terbuka supaya tuan rumah tidak terbeban melayan terlalu ramai tetamu dan kadang-kadang ruang majlis rumah terbuka yang sempit memerlukan kita hanya meluangkan sekadar waktu yang perlu sahaja. Sebenarnya besar hati tuan rumah apabila melihat jemputannya hadir. Kehadiran tetamu telah cukup membuatnya rasa gembira.

Kadangkala ada diantara kita yang berziarah dalam keadaan berpuasa sunat, dalam hal inni hadis Rasulullah SAW menyatakan: dari Abu Hurairah RA katanya telah bersabda Rasulullah SAW :
Jika dijemput seseorang daripada kamu ke majlis (jamuan) maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu dan jika dia tidak berpuasa hendaklah dia makan.
Hadis riwayat muslim

Ini adalah adab apabila kita berziarah atau memenuhi majlis rumah terbuka. Kepada tuan rumah majlis rumah terbuka pula, bebrapa perkara perlulah direnungkan antaranya, jemputan pula hendaklah mengambil kira jiran tetangga. Walaupun kadang-kadang kita hanya menjemput tetamu-tetamu tertentu sahaja, jiran tetangga tidak boleh dilupakan.

Janganlah majlis rumah terbuka ini menghidangkan makanan dan minuman yang diharamkan. Perbuatan syirik itu hanyalah mencemarkan kesucian islam kerana sambutan Hari Raya adalah perayaan agama.

Jagalah waktu solat semasa mengadakan rumah terbuka. Jika perlu sediakan tempat solat bagi memudahkan tetamu untuk tetap mengerjakan solat walaupun tempat solat itu kecil. Ini akan memudahkan tetamu untuk bersolat dikesibukan menghadiri rumah terbuka.

Akhirnya, kepada tuan rumah yang mengadakan rumah terbuka ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas hati kerana kita mengadakan rumah terbuka untuk menjamu tetamu dengan mengharapkan pahala Allah. Tanpa keikhlasan maka tiadalah apa-apa kebaikan yang kita dapat.

No comments:

Post a Comment