Qurban for life 2011 bermula

OK Travel Tours

OK Travel Tours Sdn Bhd  (Co, No, 363045-T, KKKP/ PL 2995)
TEL  : 603 - 80601341
FAX : 603 - 80601344





Umrah bererti mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Bergunting. Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa di sepanjang tahun, berbeza dengan Haji yang hanya sah dikerjakan dalam Bulan-bulan Haji sahaja.


MENJADI TETAMU ALLAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :


Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang


PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :


Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)


Aturcara Penerbangan PAKISTAN AIRLINES


KUALA LUMPUR/ KARACHI
9 MAC 2011
PK 899
1310 - 1705
KARACHI / JEDDAH
9 MAC 2011
PK 731
1920 - 2020
JEDDAH / KARACHI
21 MAC 2011
PK 732
2200 - 0345
KARACHI / KUALA LUMPUR
23 MAC
PK 898
0240 - 1140

* harga tertakluk kepada jumlah jemaah rombongan 40 orang keatas.

Kelebihan Sembahyang Di Masjidil Haram


Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.�
Huraian Hadith: 
1. Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah
 

2. Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.
 

3. Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.
 

4. Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.
 

5. Oleh itu Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya yang datang mengerjakan haji dan umrah agar dapat mengerjakan sembahyang sebanyak mungkin di kedua-dua masjid ini kerana fadhilatnya yang amat besar itu.