Qurban for life 2011 bermula

Cermin diri




Perintah beriman dan bertakwa kepada Allah telah banyak disebut didalam Al Quran. Apabila kita beriman dan bertaqwa kepada Allah, maka kita berada didalam jalan yang lurus, jalan yang diredhai oelh allah, jalan yang dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah diakhirat kelak. 

Jalan yang lurus inilah sebenarnya yang selalu kita bermohon kepada Allah didalam sembahyang kita. Didalam surah Al Fatihah yang kita bacakan didalam setiap rakaat sembahyang, kita bermohon kepada Allah supaya Allah tunjukkan kepada kita jalan yang lurus.

Jalan yang lurus sebenarnya adalah islam. Jalan yang selain daripada islam semuanya tidak benar dan palsu semata-mata kerana ia rekaan manusia. Semua perkara yang kita lakukan dan kerjakan seandainya ia berlandaskan islam maka sesungguhnya ia berada diatas jalan yang lurus. 

Begitulah sebaliknya, jika ia melakukan perkara yang ditegah dan dilarang oleh Allah serta tidak bertepatan dengan tuntutan islam maka sebenarnya ia berada dijalan kesesatan. Jalan yang dimurkai oleh Allah.


Firman Allah dalam surah Al Imran bermaksud:-
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah ialah islam. Dan orang-orang yahudi dan nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisih mengenai agama islam dan enggan menerimanya melainkan telah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenaranya. Perselisihan itu pula semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterang Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan balasanya.

Oleh itu, marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, apakah islam ini, kehidupan kita, cara hidup kita, rumahtangga kita, system-sistem kehidupan kita, semuanya berjalan mengikut kehendak dan tuntutan islam atau sebaliknya, apakah islam ini hanya ibadah kita sahaja mengikut cara islam? Tetapi perkara selainya daripada ibadah kita tidak mengikut islam.

No comments:

Post a Comment