Qurban for life 2011 bermula

HARGAILAH NYAWA




Sidang pembaca sekalian.

Hari ini seolah-olahnya nyawa manusia terlalu murah kerana telah banyak kes bunuh dan kes membunuh diri. Manusia hilang punca dan tidak lagi mengenal erti betapa mahal harga nyawa dan betapa nyawa perlu dipelihara.

Islam menganggap dosa besar bagi orang yang mencabut nyawa orang lain dengan sengaja. Kejahatan membunuh secara sengaja termasuk kejahatan yang paling berat kerana dapat menganggu stability keamanan. Oleh kerana itu Allah memberikan perumpamaan, bahawa membunuh seseorang bererti membunuh seluruh umat manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “ Oleh kerana itu kami terpaksa (suatu hukuman) bagi bani Israel bahawa barangsiapa yang membunuh manusia, bukan kerana itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana orang itu membuat kerosakkan di bumi, maka seakan0akan dia telah membunuh manusia seluruhnya” Al-Maidah ayat 32

Ayat tersebut mengandungi suatu pandangan perikemanusiaan yang telah disyariatkan oleh Allah, dan tidak ada suatu falsafah apa pun yang mampu menandingi kebijaksanaanNya. Membunuh jiwa seseorang tanpa hak, tanpa memandang memandang apa yang dianutinya adalah sama dengan membunuh seluruh umat manusia.

Mengingat membunuh adalah perbuatan keji yang akan mengancam ketenteraman umum, maka agar manusia tidak ada sebab yang berpatutan melakukanya Allah memberikan balasan yang setimpal, iaitu hukuman berat di dunia dan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud: “dan barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasanya ialah jahanam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya” An Nisa ayat 93

Firman Allah yang bermaksud: “ orang yang ridak menyembah tuhan yang lain bersama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian nescaya dia mendapat balasan dosanya. Akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan ia akan kekal didalamnya dalam keadaan hina. Kecuali orang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh” Al Furqan ayat 68-70

Sedangkan bagi si pembunuh disediakan juga balasan didunia iaitu hukuman Qisas. Adanya balasan demikian dimaksudkan agar tidak terjadi lagi perbuatan yang buas itu supaya terwujud masyarakat yang tertib, aman dan damai. Yang dimaksudkan qisas ialah hukuman didunia bagi pembunuh dan hak mutlak bagi ahli waris terbunuh unutk meminta kepada hakim agar melaksanakan hukuman kepadanya dengan harapan dapat dijadikan pelajaran bagi yang lain. Atau jika ahli warisnya memaafkan maka bagi pembunuh harus membayar ganti rugi kepada ahli waris terbunuh.

Firman Allah bermaksud: “hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” Al Baqarah ayat 178

Apabila terjadi perkelahian antara dua orang yang bermusuhan, lalu salah satu diantaranya terbunuh, maka yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka kerana telah melakuakan dosa besar.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila dua orang muslim saling berhadapan dengan menggunakan pedangnya, maka yang membunuh dan yang dibunuh keduanya masuk neraka” seorang sahabat bertanya: “Wahai rasulullah, betul bagi pembunuhnya, tetapi mengapa orang yang dibunuh juga masuk neraka?” Nabi menjawab: “Sebab dia juga ingin membunuh kawanya itu” HR Bukhari dan Muslim

Rasulullah bersabda bermasud: “yang pertama kali dihasab diantara manusia pada hari kiamat ialah masalah membunuh” HR An Nasa’i

Rasulullah bersabda bermaksud: “barangsiapa yang membantu untuk membunuh orang isalm meskipun dengan hanya sepatah kata sahaja maka Allah akan menetapkan tulisan didahinya sebagai orang yang terputus dari rahmat Allah” HR Ahmad

Dari Abu hurairah r.a Rasulullah bersabda bermaksud: “baragsiapa membunuh diri dengan menggunaka alat besi, sedang besi itu dari tanganya sendiri ditusukkan pada perutnya maka ia akan masuk keneraka jahanam yang kekal untuk selama-lamanya, barangsiapa yang membunuh diri dengan meminum racun maka ia akan masuk kedalam neraka jahanam yang kekal unutk selama-lamanya dan barangsiapa yang menggelincirkan diri dari atas gunung yang menyebabkan ia mati maka dimasukkan ke dalam neraka jahanam untuk kekal selama-lamanya” Hadis Sahih bukhari

Rasulullah bersabda dalam hasid tsabit bin Dhaka bermaksud: ”orang mukmin terlaknat seperti juga membunuhnya, barangsiapa menuduh orang mukmin kafir maka yang demikian itu seperti membunuhnya dan barangsiapa membunuh jiwanya dengan sesuatu maka di hari kiamat ia akan disiksa”

Dengan memperhatikan ayat dan hadis di atas maka jelaslah perbuatan bunuh diri yang disengaja atau kehendak diri adalah satu tindakan permusuhan terhadapa hokum Allah dan berlaku zalim terhadap diri sendiri. Termasuk juga tindakan bunuh diri, apabila seseorang dengan sengaja melakukan hal-hal yang berbahaya bagi keselamatan jiwanya padahal ia dapat menghindari bahaya itu, tetapi ia melakukanya juga. Dengan demikian tindakan bunuh diri itu bukan hanya dengan meminum racun, gantung diri atau meminum ubat yang melebihi sukatan, tetapi boleh juga dengan cara nekad melakukan tindakan yang membahayakan keselamatan.

Kesemua dalil-dalil daripada Al quran dan Al sunnah menyatakan membunuh atan membunuh diri adalah dosa yang amat besar. Seksaan yang menanti diakhirat dan larangan daripada Allah menunjukkan bahawa islam amat menghargai nyawa manusia.

Apa-apa jua bentuk tindakan yang boleh mengancam nyawa manusia lain atau diri sendiri amat dilarang. Semoga Allah memelihara nyawa kita dan dijauhkan daripada tindakan yang merugikan kita didunia dan diakhirat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “semua dosa itu kemungkinan masih dapat diampun Allah, kecuali dosa orang mati kafir atau dosa orang yang membunuh orang mukmin dengan sengaja” HR An Nasa’I dan Hakim

Rasulullah bersabda bermaksud: “diantara dosa-dosa besar ialah menyekutukan Allah membunuh jiwa dan sumpah palsu” HR bukhari dan muslim

Daripada penjelasan beberap ayat dan hadis tersebut menunjukkan larangan keras melakukan pembunuhan dengan sengaja tanpa ada alasan yang dibenarkan syarak, serta laknat ancaman Allah dengan seksaan yang amat pedih bagi orang melakukan pelanggaran ini.

Selain daripada itu, antara manusia yang tidak menghargai nyawa adalah mereka yang membunuh diri. Bunuh diri adalah tindakan seseorang yang dengan sedar dan sengaja mencelakan dirinya, dengan maksud melenyapkan nyawa sendiri. Perbuatan membunuh diri ini termasuk dosa besar kerana bunuh diri bererti putus asa atas ketentuan dan takdir Allah. Padahal sikap putus asa hanya dimiliki oleh orang yang tidak beriman dan ingkar kepada Allah dan RasulNya.

Firman Allah bermasud: “dan janglah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya maka kami kelak akan memasukkan kedalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” An Nisa’ ayat 29 & 30

No comments:

Post a Comment