Qurban for life 2011 bermula

PENYAKIT JIWA

Pembaca yang dihormati, hari ini kita seiring dihidangkan dalam berita yang mengecewakan kita apabila ada penjaga anak-anak terlibat dalam mendera anak-anak dibawah jagaan mereka. Ada yang dipukul, ditendang dan bermacam-macam lagi penderaan terhadap anak-anak kecil ini. Sehingga ada yang menemui maut ditangan orang dewasa yang sepatutnya menjaga dan melindungi mereka.



            Perlakuan yang dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa terhadap anak-anak dibawah jagaan mereka yang memudaratkan mereka adalah perkara yang diharamkan oleh islam. Islam menetapkan bahawa anak-anak adalah amanah Allah SWT yang diberikan untuk dijaga dan dipelihara dengan baik. Mendera apalagi membunuh anak-anak bermakna orang itu telah mengkhianati amanah Allah.

            Apabila kita meneliti perlakuan-perlakuan penderaan ini kita akan dapat sebahagian pendera kanak-kanak kecil ini melakukan perbuatan mereka dalam keadaan marah, tertekan, luar kawalan dan dibawah pengaruh dadah. Pada pandangan islam semua perkara tadi adalah sebahagian daripada penyakit jiwa dan penyalahgunaan dadah adalah diharamkan dalam islam.

            Apabila marah sebenarnya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaanya. Orang yang sedang marah dinasihatkan supaya duduk kalau dia berdiri dan kalau dia duduk hendaklah dia berbaring. Ambillah wuduk dan beristighfar. Dalam satu hadisnya Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya ‘marah itu adalah daripada iblis dan iblis itu daripada api maka hendaklah kamu berwudhuk’. Pengurusan marah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW tedi adalah cara terbaik yang sepatutnya seseorang itu lakukan apabila marah. Lihat bagaimana iblis telah memperdayakan manusia dengan api kemarahan yang akhirnya si pemarah tidak sedar bahawa dia telah mendera atau mencederakan anak-anaknya sendiri malahan tidak sedar kadang-kadang anaknya telah mati ditangannya sendiri.

            Kepada mereka yang mempunyai penyakit panas baran, cubalah mencari penawar dan sepatutnya membuangkan penyakit panas baran ini. Ini kerana penyakit ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga boleh menjadi penyebab penderaan anak-anak. Kalau anak-anak yang telah dewasa mereka mungkin menjauhi diri daripada ibu bapa yang panas baran. Ia juga akan menyebabkan rakan-rakan dan kenalan menjauhkan diri kerana penyakit panas baran ini.

            Antara sebab lain berlakunya penyakit jiwa ini adalah stress atau tekanan. Tekanan perasaan ini disebabkan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Banyak masalah hidup ini yang perlu dihadapi setiap hari. Kesemua masalah ini ada kalanya kecil ataupun besar. Boleh diselesaikan dengan mudah atau memakan masa untuk diselesaikan kita harus faham bahawa tiada satupun hari yang kita hadapi ini yang tiada masalah. Masalah sudah bermula dirumah lagi terus membawa dijalan raya. Kemudian kita tempuhi masalah ditempat kerja dan sekali lagi dijalan raya akan kita tempuhi dan sehinggalah kita sampai dirumah semula. Semuanya adalah masalah rutin harian. Adakalanya masalah disebabkan oleh hubungan antara ahli keluarga, ada disebabkan oleh masa. Selalunya terburu-buru kerana tidak menepati masa. Adakalanya disebabkan persekitaran seperti kesesakan jalanraya dan lain-lain.

            Melihat kepada masalah rutin harian ini penulis melihat perlunya masyarakat hari ini mencari panduan bagaimana menyelesaikan masalah tekanan ini. Janganlah disebabkan masalah – masalah kecilpun kan menimbulkan maslah lagi besar dan ana-anak dijadikan sebab tempat melepaskan geram dan kemarahan. Didalam dunia ini tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan Cuma bagaimana kita menyelesaikan masalah.


            Kepada mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan atau terlalu banyak masalah hidup cubalah mencari jalan penyelesaian. Masalah jangan dibiarkan berlarutan ia akan memakan diri sendiri.cubalah luahkan perasaan anda kepada kaunselor atau sesiapa jua yang boleh membantu anda. Sebenarnya hari ini yang mengalami tekanan perasaan bukan semata-mata yang mempunyai pendapatan dan keadaan kewangan yang baik baikpun menghadapi masalah jiwa dan tekanan perasaan.




            Diantara tips-tips bagi mengelakkan diri daripada penyakit jiwa ini ialah, membanyakkan membaca Al-quran, Al-quran adalah ubat dan penawar segala kekacauan jiwa. Bacalah Quran setiap hari. Jadikan ianya sebagai amalan harian. Tidak perlu banyak cukup satu muka surat sahaja sebagai permulaan.

            Memperbanyakkan zikir, zikir tidak seharusnya disebut cukup dilafazkan didalam hati.zikir adalah mengingati Allah dengan mengingati Allah ini maka kita membina jiwa yang kuat. Jiwa yang kuat tidak akan mengalami masalah gangguan jiwa atau penyakit jiwa. Jadikan ianya amalan setiap hari. Mudah-mudahan jiwa akan tetap segar dan bersih daripada sebarang penyakit jiwa.

            Untuk mengelakkan kita sentiasa terburu0buru cubalah mematuhi waktu dan uruskan waktu dengan baik. Uruskan waktu dirumah dengan baik begitu juga dipejabat.ini memastikan urusan rumah dapat disiapkan dalam tempohnya dan urusan pejabat selesai dalam jangka masa telah ditetapkan.

            Elakkan membawa masalah dan urusan pejabat ke rumah. Urusan pejabat seboleh-bolehnya selesaikan dipejabat dan sewaktu dirumah cubalah luangkan masa untuk keluargaisteri dan anak-anak. Ini bagi membolehkan kita menetapkan dalam pemikiran kita bahawa urusan pejabat tidak menggangu kita dirumah. Ini juga akan membantu mengelakkan kita daripada menghadapi tekanan dirumah.

            Gunakan sumber kewangan dan pendapatan dengan baik. Ramai yang menghadapi masalah sakit jiwa kerana masalah kewangan. Uruskan kewangan dengan baik. Iaitu seimbang antara pendapatan dan perbelanjaan. Simpan lebihan pendapatan dan cubalah elakkan berhutang perkara-perkara yang tidak perlu.

            Mudaha-mudahan tips ini akan membantu kita menghadapi kehidupan kitaseharian dan mengelakkan kita menghadapi masalah jiwa akibat tekanan perasaan dan dapat mengelakkan anak-anak menjadi mangsa penyakit jiwa kita sendiri.

No comments:

Post a Comment