Qurban for life 2011 bermula

IBU DERHAKA


 
Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh…

Sidang pembaca sekalian. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan anak, kehilangan anak dan pelbagai lagi kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil  menjadi mangsa didunia ini yang semakin kejam dan ganas.

Keadaan hidup anak-anak yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dan pendidikan oleh ibu bapa akhirnya hilang dan mereka yang kecil ini menjadi mangsa kepada ibubapa mereka sendiri. Jika kita biasa mendengar istilah anak derhaka, hari ini ada istilah baru iaitu “Ibu Derhaka”

Pelanggaran terhadap tanggungjawab dan tugasan menjaga anak-anak oleh ibu akan menjadikanya ibu derhaka. Islam telah memberikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu kepada anak-anaknya.
Firman Allah S.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 172.

Allah menjadikan jodoh (isteri) dari dirimu dan menjadikan anak-anak dan cucu dari isteri serta membawa rezeki yang baik-baik.Apakah mereka percaya kepada yang batil dan ingkar akan nikmat Allah.

Ayat ini menunjukkan bahawa anak-anak adalah kurniaan Allah yang perlu dijaga dan dikasihi. Ibu-ibu yang tidak menjalankan tanggungjawab ini telah melanggar perintah Allah apatahlagi anak-anak yang lahir kadang-kadang dibuang dan diabaikan.



Ada beberapa punca pengabaian tanggungjawab ibu sendiri terhadap anak-anak mereka. Pertama ialah pergaulan bebas dan keterlanjuran pergaulan sehingga melahirkan anak diluar nikah.
Diwaktu ini, si ibu sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu kerana mereka ini di belenggu oleh kehidupan bebas dan tidak pula mahu bertanggungjawab. Maka pembuangan anak adalah jalan penyelesaian yang paling mudah. Pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian adalah dosa besar di sisi agama Islam.

Keadaan wanita hari ini yang hidup bekerja dan lebih mementingkan profesion kerja dan lebih mengejar pangkat dan kedudukan telah menyebabkan mereka tidak lagi mampu memelihara anak-anak serta mendidiknya. Lihatlah hari ini ramai yang sudah lagi tidak mahu menjaga bayinya sendiri dan lebih rela dijaga oleh pembantu rumah siang dan malam. Hal Ini akan memberi kesan kepada si anak iaitu tidak lagi mendapat kasih sayang dari seorang ibu.


Keadaan si ibu yang tertekan juga menjadi penyebab si ibu tidak mampu memelihara si anak dan mengabaikan sahaja si anak tanpa penjagaan dan pemeliharaan. Tekanan hidup, tekanan mencari pekerjaan dan tekanan kerana ketiadaan suami juga menyebabkan ada yang menjadi ibu derhaka.

Sidang pembaca, walau apapun tekanan hidup yang memberikan tekanan si ibu tidak boleh lalai daripada tanggungjawab terhadap anak. Jika telah terlanjur dan mempunyai anak tanpa pernikahan yang sah, si ibu tetap bertanggungjawab dihadapan Allah s.w.t tentang pemeliharaan si anak itu. Pembuangan bayi adalah kemuncak kepada hidup yang  tidak bermoral serta tidak  bertamadun dan situasi ini adalah seumpama di zaman jahiliah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Wanita yang mementingkan kerjaya dan memegang jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya telah melakukan satu kesalahan. Kerana mencari rezeki adalah tanggungjawab suami dan kalaupun si suami abaikan dan rezeki tidak mencukupi sehingga ia terpaksa mencari rezeki, si anak tidak boleh di abaikan tanpa penjagaan.

Bagi yang menghadapi tekanan hidup, Islam telah mengajarkan  kepada umatnya supaya bersabar dan berdoa.Tiada kehidupan tanpa tekanan tetapi bagaimana kita menyelesaikan tekanan hidup itu adalah penting.

 Walaupun menghadapi tekanan adakah anak-anak hendak diabaikan? dan kita menjadi manusia tidak bertamadun dan menghadapi tuduhan berat dihadapan Allah S.w.t.

Bagi penulis semuanya kembali kepada agama, keterlanjuran akibat pergaulan bebas telah pun  nampak akan kehancuranya dan  jadikanlah berita pembuangan anak, pengabaian terhadap anak-anak akibat terlalu sibuk dan berbagai-bagai kes yang melibatkan kecuaian ibu dalam mendidik anak perlu dijadikan pengajaran. Sesibuk manapun kita agama dan amal ibadah tidak boleh di tinggalkan. Biarlah agama menjadi tunggak dalam kehidupan kita seharian.   

No comments:

Post a Comment