Qurban for life 2011 bermula

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM


Alhamdulilah setelah beberapa kempen kesedaran melalui ceramah dan seminar melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di buat sepanjang tahun 2010 dahulu telah menampakkan hasil dan kesedaran telah pun ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia amnya dalam isu pendermaan organ ini.

Salah satu soalan yang pernah dibangkitkan adalah : bagaimana kita dibangkitkan kelak di akhirat jika salah satu organ telah kita dermakan kepada pihak lain contohnya mata. tidakkah kita akan buta diakhirat kelak dan cacat pengelihatan? persoalan sebegini perlu kita singkirkan jauh didalam hati kerana tiada isu cacat didalam kebangkitan alam mahsyar kelak sebenarnya jika kita mendermakan organ kita. 

HUKUM PENDERMAAN ORGAN

Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuarat pertama pada 23-24 Jun 1970 memutuskan bahawa pemindahan organ milik orang yang telah mati kepada yang hidup hukumnya harus.

SYARAT-SYARAT PENDERMAAN ORGAN
Dari sudut Islam,pemindahan organ hukumnya adalah harus beserta dengan syarat.Syarat-syarat tersebut adalah;

1. Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
2. Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
3. Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
4. Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
5. Pendermaan semata-mata dan bukan penjualan.
 
Pandangan Prof Dr Yusuf al-Qhardhawi: 
1.  Harus mendermakan organ 
2.  Disebabkan dharurat. 
3.  Syarat- tidak membawa kemudharatan besar kepada penderma. 
4.  Penderma mempunyai kemampuan memenuhi kelayakan menderma seperti akhil baligh.

jika ada persoalan yang menarik bermain difikiran anda, anda boleh menghantarkan komen di bawah blog saya bagi menjawab persolan yang dikemukakan. insyallah.

No comments:

Post a Comment